Kaum Murut

Pengenalan          

 Kaum Murut merupakan antara suku kaum yang unik dan mencatatkan lebih kurang 3.0% atau 50,000 orang daripada penduduk Sabah. Kaum ini terdiri daripada banyak kumpulan yang menggunakan 15 jenis bahasa dan 21 dialek asal Murut. Namun demikian bahasa Murut  yang biasanya difahami ialah Taggal yang lebih menyerupai bahasa Kadazan Dusun. Elemen bahasa ini boleh ditemui di Visaya (di Sarawak), Brunei dan kaum Kelabit di Kalimantan. Bahasa Murut merupakan antara bahasa asli pulau Borneo yang masih kekal hingga kini. 

Kaum etnik Murut boleh ditemui kebanyakkannya di Keningau, Tenom, Pensiangan, Kalabakan dan Kinabatangan. Ini menjadikan kaum Murut di antara kaum etnik minoriti Sabah. Walaupun begitu, penduduk berketurunan Murut juga boleh didapati di Brunei, Sarawak dan Kalimantan kesemuanya berdekatan sempadan kawasan tersebut. Bahasa kaum ini didapati digunakan oleh pelbagai suku kaum dan satu-satunya bahasa di Sabah yang mempunyai keistimewaan sebegitu. Kepelbagaian jenis 'sub-kaum' Murut ini sememangnya mengelirukan pelbagai pihak kerana masih banyak orang-orang Murut yang tinggal jauh di pedalaman. Kini, suku kaum ini telah berkembang maju dan sebuah parti khas kaum Murut telah ditubuhkan di Sabah untuk memperjuangkan hak mereka. 

Adat Dan Istiadat

Perkahwinan


Perkahwinan orang Murut adalah seawal umur 15 hingga 18 tahun bagi si teruna dan 13 tahun bagi si gadis. Mas kahwin yang biasa dipohon oleh ibu bapa si gadis orang Murut adalah 2 ekor kerbau; 1 tajau sejenis "tilauan" 1 tajau jenis "minukul" 1 tajau jenis "belaying" 1 tajau jenis "manila" 1 buah gong dan 1 sumpitan. Istiadat perkahwinan akan dijalankan selama lima hari berturut-turut, tiga hari di rumah pihak perempuan dan dua hari di rumah pihak lelaki. Dalam masa tiga hari tetamu akan bersukaria sambil makan dan meminum air tuak. Pertandingan meminum tuak secara persahabatan juga diadakan.

Kematian

Dalam masyarakat Murut, mereka akan melakukan pengebumian mayat bergantung kepada punca kematian seseorang. Bagi mengelakkan sebarang musibah atau bencana mereka akan menjalankan pengebumian dengan tertib dan teratur mengikut adat yang diwarisi. Dalam masyarakat Murut, terdapat tiga proses pengebumian iaitu, semasa kematian, pengebumian dan selepas pengebumian. 
Semasa proses kematian, ahli keluarga si mati akan memukul gong bagi memberitahu orang kampung adanya kematian dalam keluarga mereka. Semua perlu berhenti daripada melakukan aktiviti masing-masing sepanjang gong dipukul bagi menghormati si mati dan keluargaanya. sesiapa yang tidak berhenti dari pekerjaan atau aktiviti yang dilakukan ketika gong dibunyikan akan dikenakan denda dan hukuman iaitu dengan memberi seekor babi kepada keluarga si mati. Mayat akan dimandikan dan dipakaikan pakaian baju dan dihias dengan cantik. Selama dua hari mayat akan disimpan di dalam rumah sebelum dimasukkan ke dalam tajau iaitu bangkalan kaum Murut. 


Tajau iaitu bangkalan kaum murut


Gong yang di gunakan oleh kaum murut semasa kematian


Kelahiran

Bagi adat kelahiran kaum Murut pula, mereka tidak mempunyai adat resam dan pantang larang yang khusus semasa mengandung dan bersalin. Mereka akan mempunyai beberapa pantang larang apabila selepas bayi itu dilahirkan, iaitu dari segi pemberian nama . Bagi masyarakat Murut, bayi yang dilahirkan tidak akan diberi nama dengan serta merta. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan sebarang perkara buruk menimpa bayi tersebut. Oleh yang demikian, pemilihan nama amat dititikberatkan oleh masyarakat Murut. Oleh itu, kebanyakan nama yang diberi adalah berdasarkan nama alam semulajadi atau melalui sesuatu peristiwa tertentu. Selain itu, nama orang Murut juga berkemungkinan bertukar untuk beberapa kali. Situasi ini bergantung kepada keadaan yang berlaku di sekeliling mereka. Sebagai contoh, jika seseorang itu kerap sakit atau ada orang yang meninggal dunia dan secara kebetulan nama mereka adalah sama, kaum murut yang mempunyai nama itu tadi perlu menukar nama tersebut dengan serta merta bagi mengelakkan perkara yang sama berlaku kepada dirinya.

Pakaian

LELAKI
Dikenali dengan pakaian puputul yang diperbuat daripada kulit kayu.
Babaru puputul dipotong mengikut kepanjangan fesyen jaket.
Aba puputul-cawat sepanjang dua meter diperbuat daripada isi kayu.
Tupi sinulatan-perhiasan kepala pula diberbuat  daripada kulit kayu.

WANITA
Pakaian mereka terkenal dengan pakaian pinongkolo iaitu baju dan gaunyang panjang berwarna hitam yang dihiasi dengan manik-manik.
Antara contoh lain bagi pakaian wanita untuk Kaum Murut ialahpipirot,salupai,sinikot,rarangkol dan holong.


Kepercayaan Kaum Murut

  • Kaum murut mengamalkan kepercayaan animisme.
  • sekarang kebanyakannya beragama kristian dan islam
  • mempercayai aki kopuno iaitu kuasa yang mencipta segala-galanya
  • gunung antulai/gunung aru (gunung hantu) dianggap sebagai tempat suci
  • bomoh mereka berhubung dengan kuasa ghaib dipanggil babalian

Comments

Popular posts from this blog

KAUM MURUT