KAUM MURUT
PENGENALAN Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera kepada pembaca theonlyguysdat1a.blogspot.com. Kami pelajar DAT1 S1 ditugaskan untuk membuat E-Folio DUB1012-PENGAJIAN MALAYSIA,tentang Masyarakat Tempatan di Malaysia. Fokus utama kami adalah masyarakat kaum Murut di Sabah. LATAR BELAKANG Kaum Murut merupakan antara suku kaum yang unik dan mencatatkan lebih kurang 3.0% atau 50,000 orang daripada penduduk Sabah. Kaum ini terdiri daripada banyak kumpulan yang menggunakan 15 jenis bahasa dan 21 dialek asal Murut. Namun demikian bahasa Murut yang biasanya difahami ialah Taggal yang lebih menyerupai bahasa Kadazan Dusun. Elemen bahasa ini boleh ditemui di Visaya (di Sarawak), Brunei dan kaum Kelabit di Kalimantan. Bahasa Murut merupakan antara bahasa asli pulau Borneo yang masih kekal hingga kini. Kaum etnik Murut boleh ditemui kebanyakkannya di Keningau, Tenom, Pensiangan, Kalabakan dan Kinabatangan. Ini menjadikan kaum Murut di antara kaum etnik minoriti Sabah. Wa